Levender girlz

Levender girlz
HAPPY GIRLZ WITH SOMEONE 4EVER I LOVE U

Sunday, December 12, 2010

sahabat


assalamualaikum kawan2 ku...nie sahabatmu iaitu***** dan nama samaran ialah lavender..hehehe..~kalu korang nak taw inila kawan sekelas dengan ak..masa nie kitorang belajar dalam tingkatan 2~ak duk kelas 2 yakin..best taw..kawan2 ak spoting sngt..ak sayang diorang ...dan ak harap kita semua kekal jadi kawan sampai bila2 ye.....
amin
from: lavender girlz  (12/4/10) 

ha...kalu korang nak taw nie kawan ak masa tahun 2008..tahu2 je la zaman remaja..laki n puan semua jadi sahabat...ak nak kenalkan sahabat ak dari kanan iaitu hanafiah dan kn sebelah dia amirul izzudin kadang orang pangil dia dega..haha lawak kan entah apa2 la ..kasihan dia nama lawa2...tp dia la kawan baik ak sampai sekarg...yang perempuan plk pypa,mirrah,sabrina n syrifah..haha...syng korang semua...

nie plak kawan satu tuesyn..kitorang sama kls 2 kali..so 2 tahun la..haha...dah dkt 2 thn jgk x jupe...rindu btol kat ko izzatie...x pe walaupon jauh ak ttp syg ko...harap suatu hari nanti kita jupe balik..

ha....kalu korang nak taw nie la kawan ak yang paling aktif...ska sngat main hoki..hoki je hdup dia..hebat taw...korang misti best kawan dgn dia...baik aty..hehe saje je nak puji...nama dia shahiram n dia sek kat bukit jalil....
hai...ak nak cite pasal kawan ak yang ini..~ak pangil dia al n nama dia al-rashid..kitorang kenal masa darjah 3 masa ak sek dekat sek keb wakaf mempelam...tapi dia sekejap je sek kat  si2 n dia pindah masa darjah 3 jugak...walau pun dia pindah n 6 tahun kami berpisah akhir nya kitorang bertemu lagi n kitorang rapat sangt~kalu korang nak taw dia la kawan baik ak.~setiap masalah kitorang sentiasa kongsi bersama..seronok sangat berkawan dengan dia..klau korang nak kawan dengan dia korang add la dia lam fb..nama profile dia are silentz..add la ye...kitorang sebaya..yang ak taw pasal dia ~dia nie aktif suka bersukan~macam2 dia main kalu korang nak taw lebih lanjut korang berkawan la ye....ak sayang sangat dia..~kerana dia adalah kawan yang sangt setia dan ak sangat bersyukur kerana dapat seorang kawan mcm nie...alhamdulilah..moga2 kitorang akan sentiasa jadi sahabat sampai bila2,...
amin
lavender(14/12/10)

nie kawan ak namanya syafika n dia adalah rakan  sekelas ak pada tahun 2010,ak dan dia menetap lam tingkatan 4 ikram di sek men keb sultan sulaiman.~kitorang ambik aliran sains lukisan kejuruteraan..apa yang ak nak ceritakan dia seorang yang lawak n suka menhiburkan orang..yang pasti dia suka sangat menyanyi lam kelas dengan kawan baiknya iaitu nik..nakal betul diorang..dia jugak baik n pandai bi..hehe ak kalah bi dgn dia.~kadang 2 dia suka bergaya...entahla ak pon x taw nak cerita apa pasal dia...klu ak ada berita sal dia ak akan kongsi..

yang nie plak kawan sekelas ak masa tahun 2006,orang pangil dia cekku..nama penuh dia korang x yah taw la..hehe~hensem kan jejaka melayu nie,,,hahaha nakal jugak~sekarang dia belajar kat sek men bukit bsr..tahun nie iaitu 2010 dia lam tgkatan 4 sama dengan ak..dia ambik prinsip akaun~ramai sangat org kata aliran nie susah tp ak pasti ia mudah kalu kita usaha n semoga berjaya ye lam aliran yang diambil..ak dah lama x jupe dia tapi kitorang kadang2 chating lam fb~walaupon terpisah kitorang tetap berhubung...ak x kan lupa kawan2 ak yang ak kenali..dan ak akan sentiasa mengingati sampai bila2.~hope u happy always..
amin
lavender <3<3


kalu korang nak taw nie la kawan baik syafika iaitu nik..nama dia nik najihah..sama kels jgk dengan ak pada thn 2010..dia duduk tepi ak masa lam kels..~kalu korang nak taw nik nie tere taw bi n nik nie jgk ska sangt ambik gambr~gambr yang dia ambik bukan calang2 lawa gila~boleh jadi juru gambar taw..hebat gila~bangga ak...haha x leh ar puji2 nagt bahya..pa yang ak taw nik nie jgk ska sangat bca novel sama la cam ak~tapi ada perkara yang menyedihkan pasal dia~masa kitorang duk kelas 4i henset dia kena curi ~dah la henset 2 baru bli..~sapa la yang gatal sangat 2 ye..bnci btol la..mcm x da keja lain je nak buat suka sangt mencuri~x taw k yang mencuri 2 berdosa besar??leh masuk neraka taw..ish2..tapi apa yang pasti pencuri 2 pasti akn mndpat balsan yang sentimpal..
amin


nie plak kawn sekelas ak jgk masa tingkatan 4..dari kanan farhana,fatma,syafika dan sabrina..
masa nie diorang jalan2 makan kat kfc tapi sayang sangt ak x dapat join sebab x da pengakutan..huhuhu ='( sedih taw x dapat pegi...apa yang ak taw best sangat..moga2 kita dapat kuar lagi ye pada masa akan datang..

holiday n hang out with friends...but....i can't join them...so sad about this..waaaa='(

Saturday, December 11, 2010

still lavender....

ak suka sangat makan lolipop sebab ak dapat merasa kemanisan...bila hati kita rasa pahit atau perasaan yang tidak menyenagkan kita~kita patut mebuat sesuatu perkara yang kita suka contohnya ak ..ak selalu makan makanan yang manis..x la sampai rosak gigi~ tapi biar la berpada-pada...lagi satu selain ak suka makan makanan manis ak suka main game yang mencabar mcm bowling,jalan2,main bdmnton dan kadang2 ak suka main futsal...ak harap sangt ak dapat menghabiskan hidup ak dagn beribadat kepada ALLAH dan menambah amalan untuk akhir zaman nanti...itu merupakan zaman penentuan kita untuk hdp selama lamanya..sedih dan menakutkan apabila memikirkan tentang kematian...tapi apa yang tercatat kita semua akan mati jugak cma tarikh je kita x tahu...so selagi kita masih hdup kita jangan la berputus asa dalam menjalani kehidupan..~kita juga perlu kuatkan semagt dan tidak mudah jatuh..yakin la dalam diri sendiri..

Thursday, December 9, 2010

diriku

Hai...

kini lavender kembali lagi,....pelbagai perkara yang telah terjadi sejak kebelakangan nie...ak masih tidak berpunya kerana ak masih tidak yakin pada lelaki lagi ~ini kerana pengalaman aku dengan lelaki sangat menyakitkan ..aku tidak tahu kenapa kini aku benci sangat pada lelaki...hati aku pedih...sangat pedih malah cinta aku pada lelaki sdh semakin hilang~ak terpaksa tolak cinta seseorang yang  tulus mencintai ak..oleh kerana janji ak ada diri ak ini ak terpakasa lupakan cinta dan terpaksa tolaknya..maafkan aku wahai jejaka...memang itu amat menyakitan tapi ini sudah menjadi takdir kehidupan...maaf kan diriku ini...ak akan pastikan org yang mencintai seseorg dengan tulus akan mendapat kebahgian..!kebahgian yang berlipat ganda dari kesedihan yang ada....pasti!! TUHAN telah menentukan segalanya..sudah pasti jika tuhan mahu itu terjadi kita sebagai manusia harus terima keadaan itu dengan redha..

lavender!!....
pasti ~cinta pada seseorang susah untuk dilupakan tapi klu kita tidak berputus asa akan kejadian dan kesakitan itu kita pasti akan dapat menerima dan melupakan nya..semakin kita berusaha pasti dan yakin...itu semua tidak mustahil akan berlaku...tidak ada sifat putus asa dalam kehidupan....ya!!itu adalah kata semangat pada diri ak...ak sedih apa yang terjadi dalam kehidupan ak..ini semua kerana lelaki.,knpla kita sebagai manusia harus jatuh cinta dan kenapa perlu ada kesakitan...amin...itu semua dugaan..ak rela semuanya dan ak berserah semua ini kepada NYA ak berserah dan hanya mampu berdoa meminta pertolongan kepadaNYA..dan meminta kekuatan...lavender juga bermakna kepada ak kerana lavender merupankan sesuatu yang memberi kekuatan kepada diri ak...itu la gelaran diri ak..pati lavender tetap berada dalam diri ak dan menjadi diri sebenar dan tidak akan meniru cara dan kehidupan orang lain...biarla lavebder bersinar dalam diri ak seperti mana bulan dan bintang menyinari bumi..kalu tiada bulan snyi la bumi...

Tuesday, November 23, 2010

gembira.........~~result

assalamualaikum....

ak telah menghadapi ujian akhir tahun baru2 nie....2 minggu ujian dijalankan....amat teruk jugak perasaan masa nak jawab.macam2 perasaan ada  macam perasan gementar,takut,lupa,n pe lagi la yang namanye perasaan 2....susah beb mmg susah.. soalan apa2 entah ditnya tp nasib baik ak study n leh jawab n then result ak berjawab...lagsung x gagal...amin doa ak termakbul jugak...admat ak dapar kredik..untung ak....
alhamdulilah...

Friday, November 19, 2010

kerinduan




ASSALAMUALAIKUM.....

saya rindu pada mak dan ayah...sekarang mereka sedang menunaikan ibadat haji untuk menunaikan rukun islam yang ke 5...macam-macam perkara yang telah saya pelajari ketika mak dan ayah tidak ada....sebagai seorang kakak sulung memang berat tanggungjawab kepada adik-adik ketika ketiadaan mak daan ayah di rumah...semua kena diurus oleh kakak sulung...macam2 kena buat seperti basuh baju,memasak,bersih umah dah macam suri umah pulak..hehe..tapi saya rasa gembira sebab dapat bantu ayah dan emak...saya sangat bersyukur....kini saya sebagai anak sentiasa berdoa keselamatan dan kesihatan ibu bapa di mekkah....malam berharap selamat pulang ke tanah air....

sayang mama dan abah...muuuuaaaahh!!!take care .....
semoga tenang di tanah suci...

Zikir 99 Nama Allah (Asmaul Husna)

UntukMu Teman

Saturday, November 13, 2010

KESEDIHAN

Assalamualaikum.....

Ak kini kesunyian...dulu ak sangat gembira bak kata perpatah kesedihan mmg susah hadir dalam hidup ak dulu tapi kini kesedihan sng hadir dn amat mudah ak mengalirkan air mata...ak x gembira...mmg x..susah untk ak gmbira kerana org yang dapat gembirakn ak kini semakin berkurangn malah melupkan ak...sdh sngt2...kawan baik ak pon dah x perdulikan ak lagi..malah tegur ak pon x...ak sunyi sangt....hanya tuhan saja yang taw kesakitan yang ak alami...air mata ak x henti2 mngalir bila teringatkn kawan baik ak lupakan ak...kini ak sedar ak x mampu mempunyai kawan baik..

Ak single sekarang...x da teman lelaki malah susah untuk mempunyai teman lelaki...ak sudah serik untuk bercinta x taw la kenapa tapi ak yakin hati aku kini dah tertutup..namun ak x nafikan cinta ak pada seseorg tidak dapat dilupakan..ak amat mencintainya malah ak sangat rindukan nye..tp.....................tiada sebab ak kacau atau gangu dia lagi..cukup la ak tengok dia dari jauh..walau pon dia dah lupakan ak ak x kna lupakan dia..ak pasti cinta ak pada dia adalah kenangan yang paling indah dalam kehidupan yang ak lalui...
dah la..ak x sangup nak cita lagi...makin pedih rasanye..

Friday, November 12, 2010

sweet lavender.......................baca taw!!!

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

17 May 2009
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Tips Apabila Keluar Dating

24 Dec 2009
Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!! :lol:

Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan

Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)
Nuffnang Ads

Tanda Lelaki Sayang…

20 Oct 2010

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

erti cinta

Apa itu Cinta?

25 May 2007
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri