Levender girlz

Levender girlz
HAPPY GIRLZ WITH SOMEONE 4EVER I LOVE U

Tuesday, November 23, 2010

gembira.........~~result

assalamualaikum....

ak telah menghadapi ujian akhir tahun baru2 nie....2 minggu ujian dijalankan....amat teruk jugak perasaan masa nak jawab.macam2 perasaan ada  macam perasan gementar,takut,lupa,n pe lagi la yang namanye perasaan 2....susah beb mmg susah.. soalan apa2 entah ditnya tp nasib baik ak study n leh jawab n then result ak berjawab...lagsung x gagal...amin doa ak termakbul jugak...admat ak dapar kredik..untung ak....
alhamdulilah...

Friday, November 19, 2010

kerinduan




ASSALAMUALAIKUM.....

saya rindu pada mak dan ayah...sekarang mereka sedang menunaikan ibadat haji untuk menunaikan rukun islam yang ke 5...macam-macam perkara yang telah saya pelajari ketika mak dan ayah tidak ada....sebagai seorang kakak sulung memang berat tanggungjawab kepada adik-adik ketika ketiadaan mak daan ayah di rumah...semua kena diurus oleh kakak sulung...macam2 kena buat seperti basuh baju,memasak,bersih umah dah macam suri umah pulak..hehe..tapi saya rasa gembira sebab dapat bantu ayah dan emak...saya sangat bersyukur....kini saya sebagai anak sentiasa berdoa keselamatan dan kesihatan ibu bapa di mekkah....malam berharap selamat pulang ke tanah air....

sayang mama dan abah...muuuuaaaahh!!!take care .....
semoga tenang di tanah suci...

Zikir 99 Nama Allah (Asmaul Husna)

UntukMu Teman

Saturday, November 13, 2010

KESEDIHAN

Assalamualaikum.....

Ak kini kesunyian...dulu ak sangat gembira bak kata perpatah kesedihan mmg susah hadir dalam hidup ak dulu tapi kini kesedihan sng hadir dn amat mudah ak mengalirkan air mata...ak x gembira...mmg x..susah untk ak gmbira kerana org yang dapat gembirakn ak kini semakin berkurangn malah melupkan ak...sdh sngt2...kawan baik ak pon dah x perdulikan ak lagi..malah tegur ak pon x...ak sunyi sangt....hanya tuhan saja yang taw kesakitan yang ak alami...air mata ak x henti2 mngalir bila teringatkn kawan baik ak lupakan ak...kini ak sedar ak x mampu mempunyai kawan baik..

Ak single sekarang...x da teman lelaki malah susah untuk mempunyai teman lelaki...ak sudah serik untuk bercinta x taw la kenapa tapi ak yakin hati aku kini dah tertutup..namun ak x nafikan cinta ak pada seseorg tidak dapat dilupakan..ak amat mencintainya malah ak sangat rindukan nye..tp.....................tiada sebab ak kacau atau gangu dia lagi..cukup la ak tengok dia dari jauh..walau pon dia dah lupakan ak ak x kna lupakan dia..ak pasti cinta ak pada dia adalah kenangan yang paling indah dalam kehidupan yang ak lalui...
dah la..ak x sangup nak cita lagi...makin pedih rasanye..

Friday, November 12, 2010

sweet lavender.......................baca taw!!!

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta

17 May 2009
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Tips Apabila Keluar Dating

24 Dec 2009
Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!! :lol:

Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan

Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? :mrgreen: Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya. :-)
Nuffnang Ads

Tanda Lelaki Sayang…

20 Oct 2010

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

erti cinta

Apa itu Cinta?

25 May 2007
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri